Cari Blog Ini

Selasa, 8 Jun 2010

10,000 Rakyat Malaysia Menghantar Mesej Yang Jelas Kepada Washington & Tel Aviv


Khttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_5927.JPGUALA LUMPUR – Lebih 10,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menyuarakan kebencian terhadap tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan Israel dengan jelas kepada sekutu karibnya Amerika Syarikat.

Demonstrasi anti Israel yang dihadiri pelbagai kaum dan agama dihadapan Kedutaan Amerika itu turut menyampaikan satu mesej kepada penduduk Gaza, bahawa mereka tidak keseorangan.

“Ia merupakan suara rakyat Malaysia yang jelas, tanpa mengira agama tanpa mengoira kaum, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan yang melewati (batas-batas) kaum dan agama,

“kita telah menghantar satu mesej yang jelas, pertamanya kepada Washington (US) dan keduanya kepada Tel Aviv (Israel),” tegas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, sebaik keluar dari keduataan Amerika, di Jalan Tun Razak, disini semalam.

Menurutnya, tindakan yang diambil oleh Israel, menyerang Kapal yang sedang menghantar bantuan Misi Kemanusian Mavi Marmara kepada rakyat Palestin di Gaza tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Beliau berkata Amerika mesti mengambil tindakan yang tegas pada kali ini kerana tindakan Amerika sebelum ini yang berdiam diri dan tidak serius terhadap kekejaman yang dilakukan Israel adalah amat dikesali.

Sehubungan itu, perhimpunan besar pada hari ini juga telah menghantar satu mesej yang cukup jelas kepada rakyat Palestine, bahawa mereka tidak keseorangan.

“Kepada rakyat Palestine, penduduk Gaza, rakyat Malaysia (samada) Islam, Kristian, Hindu atau Buddha, berada dibelakang mereka,”jelasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan