Cari Blog Ini

Khamis, 10 Jun 2010

'Gila bola' di kedai mamak

SEMPENA Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kemeriahan turut dirasakan di negara ini dengan pelbagai aktiviti bagi menarik minat warga tempatan dan luar negara.
Brylcreem, jenama dandanan lelaki akan mengubah beberapa kedai mamak di sekitar Lembah Klang bagi membolehkan peminat bola sepak bersantai menyaksikan perlawanan menarik secara langsung 

Ini bermakna selain sajian makanan dan minuman lazat, kedai mamak terpilih akan dihiasi warna dan sepanduk berkaitan dunia bola sepak. 




View Image

Malah, pelayan akan memakai bib dan topi bertemakan bolasepak. 

Selain daripada mencipta suasana 'gila bola', pengunjung kedai mamak berpeluang memenangi produk Bryclreem. 

Pengunjung berpeluang bermain bola mini, menimang bola dan bola sepak laju. 
Brylcreem turut menawarkan pelbagai sajian istimewa termasuk Roti Cannonball, Mee/Nasi Goreng Bounz, Roti Bakar Double Trouble dan juga Coklat/Teh Tarik Bounz.


Pengarah Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn Bhd, Low Chooi Hoon, berkata menonton 'permainan terhebat di dunia' secara langsung di TV sambil bersantai dan melepak bersama rakan adalah trend di negara ini.


Beliau berkata, menyedari warga tempatan berminat menyaksikan perlawanan bola beramai-ramai terutama di kedai mamak, kami mahu berkongsi kemeriahan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan