Cari Blog Ini

Ahad, 6 Jun 2010

Thiland Kini Tenang - Isu Pergolakkan Poltik

2010/05/22

BANGKOK: Perdana Menteri Abhisit Vejjajive gembira kerana situasi di ibu negara Thailand itu kini kembali tenang hasil operasi membanteras aktiviti penunjuk perasaan Baju Merah.


Meskipun gembira dengan kejayaan memulihkan situasi di Bangkok, Abhisit menyedari cabaran besar yang dihadapi Thailand.“Krisis ini antara yang terburuk dialami negara. Kami akan melaksanakan pemulihan dan
menyedari cabaran besar dihadapi terutama menyatukan kembali keretakan terhadap rakyat negara ini,” katanya.


Abhisit turut kesal terhadap kematian 15 orang, termasuk wartawan Itali dalam operasi itu. Bagaimanapun, beliau mempertahankan tindakan yang dilaksanakan.


“Operasi itu mengikut undang-undang tempatan dan antarabangsa.


“Siasatan jawatankuasa berkecuali bagaimanapun akan dilaksanakan.” Antara isu termasuk penemuan enam mayat di sebuah kuil di Bangkok.


Apapun, Abhisit bertekad memulihkan perpecahan antara rakyat negara itu.


“Hakikatnya, kita tinggal dalam rumah sama. Saya jemput semua pihak untuk menyertai proses pemulihan ini.


“Saya jamin kerajaan mengatasi cabaran ini dengan lima pelan pemulihan yang diumum,” katanya lagi.


Bangkok kini dilapor tenang dan pekerja pembersihan kini dilihat membersihkan kawasan yang sebelum ini menjadi kubu Baju Merah.


Akhbar Nation melaporkan, kerugian akibat bangunan yang dibakar mungkin mencecah THB40 bilion (RM4.1 bilion). Media turut memberi amaran meskipun Thailand melalui beberapa krisis keselamatan sejak beberapa tahun lalu, krisis kali ini yang menyebabkan 85 orang maut dan 1,900 yang lain cedera mungkin sukar untuk dipulihkan.


“Tiada siapa pasti tempoh diperlukan untuk memulihkan keretakan ini yang menyebabkan pergeseran antara keluarga dan masyarakat Thailand,” kata Bangkok Post dalam rencana pengarang muka depannya. - AFP








Tiada ulasan:

Catat Ulasan