Cari Blog Ini

Khamis, 10 Jun 2010

PM bentang RMK-10 untuk memacu negara menjadi negara maju

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang menggariskan program pembangunan lima tahun negara sehingga 2015.
RMK-10 yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial", memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun itu.

Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.




Laporan ekonomi itu bagi tempoh 2011-2015 setebal 449 muka surat untuk edisi Bahasa Melayu dan 429 muka surat bagi edisi Bahasa Inggeris, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri berharga RM80.

RMK-10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Najib berkata, rancangan itu amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

RMK-10 merupakan satu daripada empat tiang utama pentadbiran beliau ke arah menjadikan Malaysia negara berstatus pendapatan tinggi menjelang 2020. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan