Cari Blog Ini

Isnin, 14 Jun 2010

Sebab Jealous, Katy Perry Serang Lady Gaga?


13 JUN 2010: Hai, macam-macam hal yang kedengaran dalam dunia hiburan di Amerika Syarikat. Terbaru yang Murai Batu dengar, penyanyi Katy Perry secara tiba-tiba pulak menyerang Lady Gaga. Hai, sebab apa pulak ni. Takkan jealous sebab Lady Gaga lebih popular daripada dia kot?
Rupa-rupanya, Katy buat macam sebab tak setuju dengan apa yang dipaparkan Gaga dalam muzik video terbarunya iaitu Alejandro.
Mungkin ada yang dah tahu bahawa Alejandro dihasilkan sebagai tanda penghargaan Gaga yang tidak terhingga buat komuniti gay yang selama ini diakui banyak menyongkong kerjaya seninya.
Malah, dalam satu wawancara bersama Larry King dulu, Gaga ada menyebut bahawa Alejandroo adalah sombil baginya untuknya meraikan cinta, penghargaan kepada komuniti gay, rasa kagumnya terhadap kekuatan mereka, perasaan cinta yang dilahirkan antara satu sama lain dan hubungan mereka yang cukup teguh.
Tidak kisahlah tetang soal itu,. Tapi bagi Katy, dia tidak setuju dengan unsur seksual yang ditonjolkan Gaga di dalam music video tersebut, apatah lagi bila ia membabitkan soal ketuhanan.
Paling Katy tidak setuju bila Gaga cuba bercakap pasal soal ketuhanan dengan cara menyelitkan kata-kata berunsur nista. Mungkin, lebih ramai lagi yang akan setuju dengan pendapat Katy ini. Kalau dah ramai yang dah setuju, tak mustahil muzik video ini akan digam di Amerika Syarikat dan di tempat-tempat lain.
Yelah, kalau muzik video Like A Prayer nyanyian Madonna pernah digam, tak mustahil hal yang sama boleh berlaku pada Alejandro. Sebab, kalau hendak dibandingkan di antara kedua-duanya, ia memang mempunyai sedikit cirri-ciri persamaan yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan