Cari Blog Ini

Ahad, 6 Jun 2010

CROCS

Atuk Segala Crocs Tiruan Ada Di SIni

Labels: Operasi, Pengguna

Taman Putra

Kajang, Selangor

2 Jun 2010

4 petang

Misteri bau getah di sekitar kawasan ini akhirnya terjawab.

Semuanya bermula apabila sepasukan anggota pengutkuasa merampas sejumlah kasut tiruan jenama Crocs dari seorang peniaga di kajang malam sebelumnya.

Siasatan dan risikan kemudiannya diteruskan bagi mencari, di manakah sebenarnya stok kasut tiruan yang amat laku ini disimpan.

Lokasi kemudiannya telah dikenalpasti, tetapi kedudukan yang tepat masih belum diketahui.

Akhirnya, mereka cuba merisik di deretan bangunan rumah kedai di Taman Putra, Sg Ramal, Kajang.

Bau getah akhirnya menarik perhatian anggota penguatkuasa pada dua buah stor yang terletak berhadapan jarak kira-kira 10 meter antara satu sama lain.

Yakin dengan sasaran, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk memecah masuk - dan benar, apa yang dihidu adalah apa yang dicari.

Sejumlah kira-kira 100,000 ribu pasang kasut tiruan jenama Crocs bernilai pasaran kira-kira RM2 juta ringgit ditemui di dalam kedua-dua stor ini.

Kasut buatan China ini disimpan di sini sejak beberapa bulan lalu dan dipercayai menjadi pusat pengedaran Crocs tiruan seluruh Lembah Klang hingga ke Selatan.

Difahamkan, kasut ini hanya bermodalkan kira-kira RM5 sepasang sebelum dijual kepaa penjual terutama pasar malam, dan dijual kepada pelanggan ,harga antara RM20 - RM 30 sepasang.

Siasatan akan dilakukan siapakah pemilik sebenar stor dan barangan terbabit serta bagaimana ia bolos dari China hingga ke Malaysia.

Jika anda masih menemui bekalan Crocs tiruan masih banyak di pasar malam selepas ini, bermakna, masih banyak lagi stor sebegini yang tidak dapat dikesan...

Untuk makluman, kasut Crocs tulin hanya dijual dipemis sah ejen Crocs di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan