Cari Blog Ini

Khamis, 10 Jun 2010

Bas Mini Daif

SUBANG JAYA: Perkhidmatan bas mini yang disediakan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Subang Jaya, bukan saja ketinggalan zaman, tetapi berada dalam keadaan daif dan menyakitkan mata.
ROSAK...kerusi bas mini yang usang dan tidak dibaiki.
ROSAK...kerusi bas mini yang usang dan tidak dibaiki.
Bukan saja sempit dan buruk, suasana tidak selesa itu ditambah keadaan tempat duduk uzur dan ada yang tertanggal, tetapi terpaksa digunakan penumpang.

Tinjauan Metroplus mendapati terdapat lebih lima bas mini bagi laluan bermula dari stesen KTMB Subang Jaya ke bandar Sunway dan taman perumahan di Subang Jaya.

Pengadu, Azimah Nawabjan, 25, berkata, dia hairan bas mini uzur itu masih beroperasi di kawasan terbabit walaupun ia lebih layak dijadikan besi buruk.

“Saya pernah naik bas mini itu untuk ke rumah rakan jam 10 pagi malangnya, bas yang saya naiki rosak di tengah jalan sehingga memaksa semua penumpang turun dan menaiki bas lain,” katanya.

Dia berkata, masalah itu wujud kerana tidak ada pemantauan pihak berkuasa menyebabkan pemilik bas tetap beroperasi dengan bas buruk tanpa menghiraukan keselamatan penumpang.

“Sudahlah bas uzur, pemandu pula memandu laju sehingga mengeluarkan bunyi bising akibat keadaan bas yang bergegar terutama jika kurang penumpang,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Nor Farah Ain Mohamed Nor, 15 berkata, dia sering menaiki bas mini terbabit untuk ke pusat membeli-belah di kawasan berdekatan kerana ia mudah didapati di stesen berkenaan.

“Saya menaiki bas mini ini untuk ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid atau Summit USJ kerana tidak perlu berjalan jauh untuk menunggu di luar kawasan stesen.

“Walau pun tidak selesa dengan keadaan bas yang sempit, panas dan uzur, saya tidak ada pilihan tambahan pula tambangnya murah hanya RM1 ke semua destinasi,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Amirul Zulhelmy, 15, turut mengakui tidak selesa dengan bas terbabit kerana tempat duduknya sempit menyukarkan penumpang untuk duduk berdua.
“Kalau nak duduk dua orang memang tak selesa kerana jarak kerusi bas itu terlalu dekat, jadi saya lebih selesa berdiri,” katanya.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan